Pengenalan

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang ialah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta di bawah pengawasan Syarikat Usaha Tarbiah (Pulau Pinang) Sdn. Bhd. (UTSB). Iaitu sebuah syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
KITAB ditubuhkan pada 12 Mei 2004setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia (JPS) 5195/IPTS/1301 (07).
Badan yang terlibat dalam mengelola dan menguruskan KITAB terdiri daripada Lembaga Pengarah Usaha Tarbiah (Pulau Pinang) Sdn. Bhd. (UTSB) dan Lembaga Pengelola KITAB.
KITAB merupakan satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi Islam Pulau Pinang yang menggabungkan pendidikan Islam dengan disiplin ilmu teknologi dengan menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pengantar utama.
KITAB berperanan mewujudkan pendidikan bersepadu meliputi intelek, rohani dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam pembinaan generasi umat dan pembangunan negara.

Mengapa Memilih KITAB?

  •  Program pengajian yang data Wardah mempunyai keunikan tersendiri di mana pemusatan pengajian berasaskan Al-Qur’an dalam program-program: Diploma Tahfiz Al-Qur’an, Diploma Syariah dan Diploma Kewangan Islam.
  •  KITAB juga menawarkan program Tahfiz Al-Qur’andan Qiraat (KITAB-DQ JAKIM).
  •   Menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Syariah: Ahwal Al-Syahskhiyah, UIN Sumatera Utara, Medan.
  •  Menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, UIN Sumatera, Medan.
  •   Menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Syariah: Mu’amalat dan Iqtisad, UIN Al-Raniri, Acheh.
  •  Bahasa pengantar Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
  •  Yuran pengajian berpatutan.
  •  Kualiti dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif:
Skip to toolbar