PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN UMUM

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

Alhamdulillah,

Syukur kepada Allah SWT atas peluang untuk memberikan ucapan aluan dalam halaman Pusat Bahasa dan Pengajian Umum ini.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan anda ke halaman Pusat Bahasa dan Pengajian Umum ini. Halaman ini diwujudkan sebagai medium untuk orang ramai khususnya warga KITAB dan masyarakat untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan PBPU.

Pihak kami berbesar hati dan berharap maklumat yang terkandung di dalam laman web ini dapat dimanfaatkan oleh para pengunjung dan kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan penambahbaikan daripada anda.

Kewujudan halaman ini diharapkan dapat menjadi jambatan yang menghubungkan Pusat Bahasa dan Pengajian Umum dengan warga kampus khususnya dan masyarakat luar umumnya, di samping menjadikan sebagai salah satu saluran penyebaran maklumat serta mengembangkan ilmu-ilmu Bahasa khususnya ke segenap alam.

Akhir kata, besar harapan saya agar pengunjung di halaman ini dapat memanfaatkan segala maklumat yang terkandung di sini.

 Sekian, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Nur Fazihan Izyani binti Subohi

Ketua Pusat Bahasa dan Pengajian Umum

Bermula tahun 2004, dikenali sebagai Program Bahasa, I.T dan Kepimpinan dan pada tahun 2016 ditukar kepada Pusat Bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 2020 dinaik taraf menjadi Pusat Bahasa dan Pengajian Umum.

Pusat ini menawarkan program Sijil Intensif Bahasa Arab sepenuh masa dan dan Sijil Bahasa Arab Hujung Minggu yang ditawarkan khusus kepada pelajar-pelajar yang tidak mempunyai asas Bahasa Arab agar mereka dapat menggunakan Bahasa Arab mudah dalam perbualan harian dan ibadah seharian mereka.

Pusat Bahasa dan Pengajian Umum bertanggungjawab mengendalikan kursus-kursus wajib Kolej (MPU) dan kursus-kursus teras mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh MQA.

Dan bermula tahun 2020, Kelas Pemantapan Bahasa Arab dilaksanakan bagi mereka yang tiada asas dalam Bahasa Arab serta tidak mendapat kredit peringkat SPM yang mana merupakan suatu kursus dalam bentuk bengkel yang dijalankan selari dengan pengajian diploma.

01
Merealisasikan usaha menginsankan penyampaian pengajaran & pembelajaran mencapai 80% ke atas bagi setiap pensyarah melalui penilaian pelajar setiap semester pengajian serta sekurang-kurangnya 90% staf Pusat Bahasa dan Pengajian Umum menjalani pelbagai program latihan sistem penyampaian berkualiti minima 7 hari latihan.
02
Memastikan setiap kurikulum program pengajian yang hampir tempoh matang disemak setiap 4 tahun dengan mengharmonikan keperluan industri dan pengiktirafan mana-mana badan profesional agar menghasilkan kadar kebolehpasaran graduan melebihi 50% masing-masing bagi Diploma dan Sarjana Muda serta 2.5% bekerja sendiri.
03
Mensasarkan sekurang-kurangnya 3 orang Pensyarah mendapat peluang pemindahan ilmu dan kecemerlangan kesarjanaan akademia dan sekurang-kurangnya 2 orang Pelajar terlibat dengan program mobiliti akademik/bukan akademik di peringkat Antarabangsa.
04
Memastikan 1 jalinan kerjasama strategik setiap tahun dengan mana-mana organisasi yang dijalankan di peringkat Pusat Bahasa dan Pengajian Umum supaya menjadi “feeder” 2% kepada promosi enrolmen bagi mana-mana program pengajian yang ditawarkan.
05
Mensasarkan penglibatan Pusat Bahasa dan Pengajian Umum (staf atau mahasiswa/i PBPU) ini dalam mana-mana 1 aktiviti pembangunan dan pulangan ekonomi bagi setiap tahun.
06
Memastikan 5 modul pengajaran diterbitkan setiap semester di bawah Pusat Bahasa dan Pengajian Umum melalui penerbitan dalaman dan diwakafkan di perpustakaan kolej serta sasaran 3 makalah penyelidikan ilmiah dibentang di peringkat Seminar Antarabangsa atau Kebangsaan.
NUR FARHANA BINTI ABDUL AZIZ
Ketua Pusat PengajianNUR FARHANA BINTI ABDUL AZIZnur_farhana@kitab.edu.my
DR. HAZRUL AFFENDI BIN MOHMAD RAZALI
PensyarahDR. HAZRUL AFFENDI BIN MOHMAD RAZALIdrhazrulaffendi@kitab.edu.my
DR. MOHAMAD SHAHRIN BIN BAHARUDIN
PensyarahDR. MOHAMAD SHAHRIN BIN BAHARUDINdrshahrin@kitab.edu.my
NUR FAZIHAN IZYANI BINTI SUBOHI
PensyarahNUR FAZIHAN IZYANI BINTI SUBOHIfazihan@kitab.edu.my

SIJIL PENGAJIAN BAHASA AL - QURAN

(MQA/PA15288) (N/0224/3/0002)

VISI

Menjadi pusat yang menyebarkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang bahasa dan pengajian umum serta melahirkan ulul albab yang kreatif dan inovatif dalam setiap aspek kehidupan.

MISI

Menyediakan program bahasa dan pengajian umum untuk pendidikan yang berkualiti pada tahap yang lebih tinggi melalui pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan disiplin ilmu dan penyelidikan.

Hubungi Kami

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang,
Kompleks Masjid Negeri, Jalan Air Itam,
11400 Georgetown, Pulau Pinang

+604-835 1688 (Pendaftar)
+604-827 2216 (Bendahari)
+601111434688 (Pemasaran)
+60104535482 (Jabatan Pengurusan Akademik)

Media Sosial

Kami di sini!

Hakcipta Terpelihara © 2021 Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang

KIMS@Pelajar