PUSAT PENGAJIAN ISLAM & ILMU KONTEMPORARI
- Kata-kata Aluan Ketua Pusat Pengajian
- Latar Belakang
- Objektif Kualiti
- Direktori Staf
- Program Ditawarkan
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة
Segala puji bagi Allah S.W.T. yang menganugerahkan nikmat iman dan Islam serta selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.
Selamat datang ke page Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari. Semoga page ini dapat memberi maklumat mengenai Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari kepada masyarakat dengan lebih mesra dan efektif.
Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari memperkenalkan ilmu pengetahuan bersepadu antara ilmu bidang pengajian Islam dan sains sosial. Program-program yang ditawarkan adalah berkaitan bidang syariah, undang-undang, kaunseling dan sebagainya. Penawaran program di bawah Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Komtemporari adalah bersesuaian dengan keperluan semasa masyarakat masa kini.
Terima kasih kerana sudi melayari page Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari. Diharap page ini dapat memberikan maklumat yang bermanfaat dan menyeluruh. Semoga dengan maklumat yang diberikan dapat menarik minat untuk melanjutkan pengajian di Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari.
Sekian, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sekian, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Khoiroll Bushra Bin Md Isa
Ketua Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari
Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari atau dahulunya dikenali dengan nama Program Syariah telah ditubuhkan pada tahun 2020. Ianya menggabungkan ilmu pengajian Islam yang releven dengan disiplin ilmu pengajian kontemporari seperti bidang syariah, undang-undang, dan sains sosial.
Pusat pengajian ini menyediakan pelajar dengan ilmu-ilmu berlandaskan Islam dan nilai-nilai Islam dalam menghadapi cabaran semasa dan seterusnya berkemampuan menyelesaikan isu-isu komtemporari dalam masyarakat.
Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari menawarkan program Diploma Syariah Elektif Undang-Undang dan Elektif Kewangan yang telah memperolehi akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Program diploma ini juga ditawarkan pada hujung minggu supaya dapat memberi peluang golongan yang bekerja menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari ini juga akan menawarkan program Diploma Pengajian Islam dan Diploma Kaunseling.
01
Merealisasikan usaha menginsankan penyampaian pengajaran & pembelajaran mencapai 80% ke atas bagi setiap pensyarah melalui penilaian pelajar setiap semester pengajian. Sekurang-kurangnya 90% staf Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari menjalani pelbagai program latihan sistem penyampaian berkualiti minima 7 hari latihan.
02
Memastikan setiap kurikulum program pengajian yang hampir tempoh matang disemak setiap 4 tahun dengan mengharmonikan keperluan industri dan pengiktirafan mana-mana badan profesional agar menghasilkan kadar kebolehpasaran graduan melebihi 50% bagi Diploma dan Sarjana Muda serta 2.5% bekerja sendiri
03
Mensasarkan sekurang-kurangnya 3 orang Pensyarah mendapat peluang pemindahan ilmu dan kecemerlangan kesarjanaan akademia dan sekurang-kurangnya 2 orang Pelajar terlibat dengan program mobiliti akademik/bukan akademik di peringkat Antarabangsa.
04
Memastikan 1 jalinan kerjasama strategik setiap tahun dengan mana-mana organisasi yang dijalankan di peringkat Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari supaya menjadi “feeder” 2% kepada promosi enrolmen bagi mana-mana program pengajian yang ditawarkan.
05
Mensasarkan penglibatan Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari (staf atau mahasiswa/i PPIIK) dalam mana-mana 1 aktiviti pembangunan dan pulangan ekonomi bagi setiap tahun
06
Memastikan 5 modul pengajaran diterbitkan setiap semester di bawah Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari melalui penerbitan dalaman dan diwakafkan di perpustakaan kolej serta sasaran 3 makalah penyelidikan ilmiah dibentang di peringkat Seminar Antarabangsa atau Kebangsaan.

Ketua Pusat PengajianUSTAZAH NORAMIRA BINTI ADNAN @ JAMALUDDINnoramira@kitab.edu.my

PensyarahUSTAZ KHOIROLL BUSHRA BIN MD. ISAkhoiroll_bushra@kitab.edu.my

PensyarahUSTAZ MOHAMMAD AISAMUDDIN BIN AKOBaisamuddin@kitab.edu.my

PensyarahBAKRE BIN RAMLIbakre@kitab.edu.my

PensyarahKHADIJAH BINTI MOHDkhadijah@kitab.edu.my

PensyarahNUR YUSRA HIDAYAH BINTI MD YUSUFyusra@kitab.edu.my

PensyarahNUR DIYANA BINTI MOHAMAD KB;PAdiyana@kitab.edu.my

PensyarahNORAZURA BINTI ARIFFIN KB;PAazuraariffin@kitab.edu.my

PensyarahSITI NUR JANNAH BINTI HASANUDDINjannah@kitab.edu.my
DIPLOMA SYARIAH
(MQA- A 6171)(KPT- R2/221/4/0250)
DIPLOMA KAUNSELING
(MQA/PA 14550)(JPT-N/762/4/0051)
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
(MQA/PA 14551)(JPT-N/221/4/0252)
VISI
Memperlengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan yang benar mengenai Islam ke arah melahirkan ulul albab yang dapat menyumbang ilmu dan kemahiran dalam pembangunan umat Islam
MISI
Melahirkan pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan Islam, kemahiran insaniah dan nilai-nilai etika Islam.
Hubungi Kami
Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang,
Kompleks Masjid Negeri, Jalan Air Itam,
11400 Georgetown, Pulau Pinang
+604-835 1688 (Pendaftar)
+604-827 2216 (Bendahari)
+601111434688 (Pemasaran)
+60104535482 (Jabatan Pengurusan Akademik)
Kompleks Masjid Negeri, Jalan Air Itam,
11400 Georgetown, Pulau Pinang
+604-835 1688 (Pendaftar)
+604-827 2216 (Bendahari)
+601111434688 (Pemasaran)
+60104535482 (Jabatan Pengurusan Akademik)