Pusat Pengajian Muamalat & Sains Pengurusan
- Kata-kata Aluan Ketua Pusat Pengajian
- Latar Belakang
- Objektif Kualiti
- Direktori Staf
- Program Ditawarkan
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة
Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah, Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang. Selawat dan Salam atas Baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat r.a.
قَالُواْ سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
“Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". Al-Baqarah:12
Pusat Pengajian Muamalat dan Sains Pengurusan (PPMSP), Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang diwujudkan pada Bulan Februari 2020 sebagai persada untuk melahirkan Muslim professional dalam bidang Pentadbiran Muamalat, Kewangan, Ekonomi Islam dan Pengurusan.
Bermula dengan Diploma Kewangan, PPMSP kini mengorak langkah menawarkan program-program baru yang memenuhi keperluan semasa masyarakat iaitu dalam bidang Pengurusan Halal dan Pentadbiran Muamalat. PPMSP juga yang sedang membangunkan kurikulum satu lagi program iaitu Pengurusan Institusi Sosial Islam.
Pada masa yang sama, PPMSP juga memahami keperluan untuk mempunyai hubungan yang kukuh dengan pihak-pihak luar bagi memperkukuhkan KITAB sebagai IPT Islam yang menjadi rujukann utama umat Islam terutama di Pulau Pinang. Oleh itu, PPMSP sedang dalam perancangan untuk mengadakan kerjasama dengan IPT tempatan dan luar negara untuk menawarkan program-program di peringkat Ijazah Sarjana Muda
Segala usaha ini diharap dapat mengangkat darjat ilmu yang menggabungkan naqli dan aqli yang dapat memberi munafaat kepada semua.
PPMSP membuka peluang yang seluas-luasnya bagi para bakal pelajar untuk menceburi diri dalam bidang-bidang Muamalat, Kewangan Islam, Ekonomi Islam dan Pengurusan Islam yang inovatif serta berkesan.
HAJJAH ROHANA BINTI AHMAD
Ketua
Pusat Pengajian Muamalat dan Sains Pengurusan
Dalam usaha untuk mencapai matlamat dan untuk meluaskan skop pengajaran, Pusat Pengajian Muamalat & Sains Pengurusan (PPMSP) telah ditubuhkan pada Bulan Februari 2020 sebagai Pusat Pengajian baharu di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang untuk terus menyediakan kursus pentadbiran perniagaan di dalam bidang Muamalat, Kewangan Islam, Ekonomi Islam dan Pengurusan Islam yang inovatif serta berkesan.
PPMSP ini bertujuan untuk menghasilkan pemikir yang beradab (Ulul Albab) dan pemimpin masa depan (Khalifah) dengan berpandangan Islam yang luas setara Antarabangsa, mempunyai kebolehan membuat keputusan yang sangat baik dan mampu melaksanakan perubahan untuk memperbaiki perniagaan, masyarakat dan persekitaran.
PPMSP ini juga diharapkan mampu mengembangkan lagi semangat Islam dengan membuka peluang bagi para penyelidik dan pendidik untuk menuntut ilmu, melakukan penyelidikan dan menyebarkan pengetahuan yang berkaitan dengan Muamalat dan Sains Pengurusan. Bidang Muamalat adalah antara satu bidang yang dituntut oleh Islam sejak zaman Rasulullah SAW.
Di samping menyediakan panduan kepada umat Islam tentang hubungan mereka dengan sesama manusia, bidang Muamalat juga berfungsi untuk mengatur dan menyusun atur struktur dan pentadbiran pengurusan manusia. Kemajuan masyarakat akan diukur bukan hanya dari segi keimanan tetapi juga berdasarkan usaha-usaha sesebuah masyarakat di dunia ini. Masyarakat Islam moden dan progresif hari ini, bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi dari segi Tauhid dan Maqasid Syariah tetapi juga memerlukan pengetahuan Muamalat, demi kesejahteraannya di dunia dan di akhirat. Allah Taala berfirman: "Sebagai petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang berakal" (Surah Ghafir ayat 54).
PPMSP juga berbangga menjadi ‘taman ilmu’ yang terdiri dari kuliah-kuliah yang komprehensif dalam pelbagai aspek pengurusan perniagaan Islam seperti Penasihatan Syariah, Kewangan Islam, Ekonomi Islam, Perakaunan Islam, Keusahawanan Islam, Pengurusan Sumber Manusia Islam, Pengurusan Islam, Pemasaran Islam, Kewangan Sosial Islam, Pengurusan Halal dan lain-lain.






DIPLOMA KEWANGAN
(MQA-A 8304)(KPT- R2/343/4/0273)
DIPLOMA PENGURUSAN HALAL
(MQA/PA 14547)(JPT-N/345/4/1181)
DIPLOMA PENTADBIRAN MUAMALAT
(MQA/PA 14552)(JPT-N/345/4/1183)
DIPLOMA PENGURUSAN INSTITUSI SOSIAL ISLAM
(MQA/PA 15214) (N/345/4/1200)
VISI
Menjadi “pencetus perubahan” dalam mengharmonikan kecemerlangan akademik dan keperibadian pelajar selaras dengan visi dan misi Kolej untuk melahirkan pemikir yang beradab (Ulul Albab) dan pemimpin masa depan (Khalifah) dengan berpandangan Islam yang luas setara Antarabangsa.
MISI
Beriltizam untuk berkhidmat sebagai “taman ilmu” yang menjadi pilihan serta rujukan dalam bidang Muamalat dan Sains Pengurusan menerusi program pengajian yang memenuhi keperluan pihak berkepentingan serta penghasilan akademik yang munasabah dengan keperluan masyarakat global dan industri.
Hubungi Kami
Kompleks Masjid Negeri, Jalan Air Itam,
11400 Georgetown, Pulau Pinang
+604-835 1688 (Pendaftar)
+604-827 2216 (Bendahari)
+601111434688 (Pemasaran)
+60104535482 (Jabatan Pengurusan Akademik)