PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN (PPTAQ)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

 

إنَّ الـحَمْدَ لِلّهِ نَـحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ، أَشْهَدُ أَن لآ إِلَهَ إِلَّا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Ta’ala dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana taufiq, hidayah, rahmah dan inayah Nya Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran(PPTAQ) KITAB berbesar hati  dengan portal rasmi ini yang menjadi wasilah untuk penyampaian dan perkongsian maklumat bagi warganet di alam maya.

Dengan izin Allah, selaras dengan Moto KITAB iaitu Memacu Legasi Tarbiah Ke Arah Melahirkan Ulul Albab, Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran KITAB telah melahirkan para graduan yang kompeten dalam pelbagai bidang mencakupi kerjaya, pembangunan diri dan ummah. Laman ini menjadi wadah dalam menyampaikan ilmu dan dakwah. Selain menyalurkan segala info terkini berkaitan akademik dan perkembangan semasa yang dijalankan di PPTAQ kepada pelajar, ibu bapa dan kakitangan, portal ini juga membantu masyarakat di luar sana untuk lebih mengenali latar belakang penubuhan, visi, misi dan objektif PPTAQ agar masyarakat cakna terhadap usaha PPTAQ dalam menyempurnakan amanah mendidik legasi huffaz al-Quran sekaligus memartabatkan Institusi Pengajian Tinggi Tahfiz al-Quran di negeri Pulau Pinang.

Akhir kalam, selamat melayari Portal Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran(PPTAQ) KITAB dan saya berharap agar PPTAQ dapat mengorak langkah dengan lebih efisyen demi mengangkat martabat huffaz al-Quran yang berkualiti, berakhlak mulia dan berdaya saing seterusnya memberi manfaat kepada ummah sepertimana di dalam dua hadith Rasulullah s.a.w. yang bersabda :

’خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ‘

“Sebaik-baiknya kamu adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya.” (HR Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Nasai, Ibnu Majah)

 

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR Ibn Hibban).

 

وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Al Fadhil Ustaz Ahmad Bin Hashim

Ketua Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran (PPTAQ)

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). KITAB merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi Islam di Pulau Pinang yang menggabungkan pendidikan Islam dengan disiplin ilmu teknologi dengan menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama. KITAB berperanan mewujudkan pendidikan bersepadu meliputi intelek, rohani dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam pembinaan generasi umat dan pembangunan negara.

Terdapat empat Pusat Pengajian utama dalam KITAB iaitu Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran (PPTAQ), Pusat Pengajian Islam & Ilmu Kontemporari, Pusat Pengajian Muamalat & Sains Pengurusan dan Pusat Pengajian Bahasa & Pengajian Umum.

Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran (PPTAQ) telah ditubuhkan pada 12 Mei 2004 seiring dengan penubuhan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang. Ini adalah  kesinambungan daripada penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulau Pinang  pada tahun 1996. Pada awalnya PPTAQ dikenali sebagai Maahad Tahfiz Al-Quran, kemudian ia bertukar kepada Jabatan Tahfiz pada tahun 2010. Sekitar tahun 2017 pula ia bertukar nama kepada Program Tahfiz dan kini ia dikenali sebagai Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran. PPTAQ menawarkan program pengajian di peringkat Diploma yang telah memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merentasi pelbagai disiplin ilmu yang berdaya saing dan kompetitif. Antara kursus yang ditawarkan ialah Diploma Tahfiz Elektif Qiraat, Diploma Tahfiz Elektif Syariah dan Diploma Tahfiz Elektif Dakwah.

PPTAQ ini diketuai oleh seorang ketua pusat pengajian dan dibantu oleh pensyarah-pensyarah yang mahir dan berkelayakan tinggi dalam bidang Takhassus al-Quran Wal Qiraat. Di samping itu, PPTAQ turut mementingkan prinsip persekitaran (bi’ah) hasanah, kecemerlangan akademik sejajar dengan kecemerlangan hafazan pelajar dan qudwah hasanah daripada para asatizah ke arah merealisasikan visi dan misi PPTAQ.

Dengan izin Allah, Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran berhasrat melahirkan generasi huffaz (hafiz& hafizah) yang mahir dalam menguasai bacaan al-Quran dan ilmu-ilmu al-Quran sekaligus melaksanakan fardhu kifayah dalam memelihara kesucian serta kesahihan al-Quran dari sebarang penyelewengan. PPTAQ juga ingin melahirkan para qurra’ (ahli Qiraat) yang mahir dalam bacaan al-Qiraat dan melahirkan du’at (pendakwah) yang mampu menyampaikan ilmu dengan berkesan kepada masyarakat. Bakal graduan juga dididik agar berfikiran global dan berkeupayaan untuk berinteraksi dengan perubahan semasa selaras dengan nilai-nilai Islam dan akhlaqul karimah dalam kehidupan bermasyarakat.
01
Merealisasikan usaha menginsankan penyampaian pengajaran & pembelajaran mencapai 80% ke atas bagi setiap pensyarah melalui penilaian pelajar setiap semester pengajian serta sekurang-kurangnya 90% staf Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran menjalani pelbagai program latihan sistem penyampaian berkualiti minima 7 hari latihan.
02
Memastikan setiap kurikulum program pengajian yang hampir tempoh matang disemak setiap 4 tahun dengan mengharmonikan keperluan industri dan pengiktirafan mana-mana badan profesional agar menghasilkan kadar kebolehpasaran graduan melebihi 50% masing-masing bagi Diploma dan Sarjana Muda serta 2.5% bekerja sendiri.
03
Mensasarkan sekurang-kurangnya 3 orang Pensyarah mendapat peluang pemindahan ilmu dan kecemerlangan kesarjanaan akademia dan sekurang-kurangnya 2 orang Pelajar terlibat dengan program mobiliti akademik/bukan akademik di peringkat Antarabangsa.
04
Memastikan 1 jalinan kerjasama strategik setiap tahun dengan mana-mana organisasi yang dijalankan di peringkat Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran supaya menjadi “feeder” 2% kepada promosi enrolmen bagi mana-mana program pengajian yang ditawarkan.
05
Mensasarkan penglibatan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran (staf atau mahasiswa/i PPTAQ) ini dalam mana-mana 1 aktiviti pembangunan dan pulangan ekonomi bagi setiap tahun.
06
Memastikan 5 modul pengajaran diterbitkan setiap semester di bawah Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran melalui penerbitan dalaman dan diwakafkan di perpustakaan kolej serta sasaran 3 makalah penyelidikan ilmiah dibentang di peringkat Seminar Antarabangsa atau Kebangsaan.
AHMAD BIN HASHIM
Ketua Pusat PengajianAHMAD BIN HASHIMahmad_hashim@kitab.edu.my
AHMAD TAJUDIN BIN ISMAIL
PensyarahAHMAD TAJUDIN BIN ISMAILahmad_tajudin@kitab.edu.my
YAZID BIN SALLEH
PensyarahYAZID BIN SALLEHyazid@kitab.edu.my
MUHAMAD HELMI BIN ISMAIL
PensyarahMUHAMAD HELMI BIN ISMAILhelmi@kitab.edu.my
MALYANAH SOLEHAH BINTI MOHAMAD SHUKOR
PensyarahMALYANAH SOLEHAH BINTI MOHAMAD SHUKORmalyanah@kitab.edu.my
MUHAMMAD UMAR SYAZULI BIN MOHD TAHIR
PensyarahMUHAMMAD UMAR SYAZULI BIN MOHD TAHIRumarsyazuli@kitab.edu.my
KHATIJAH BINTI MOHAMAD
Juru Tunjuk Tasmi'KHATIJAH BINTI MOHAMAD khatijah@kitab.edu.my
SOLEHAH BINTI ZAHARI
Juru Tunjuk Tasmi'SOLEHAH BINTI ZAHARIsolehah@kitab.edu.my

DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN

(MQA/PA 14547)(JPT-N/345/4/1181)

SIJIL PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN

(MQA/PA15285) (N/0224/3/0001)

VISI

Melahirkan legasi huffaz berkualiti, berakhlak mulia dan berkebolehan dalam bidang pilihan yang berdaya saing di peringkat global.

MISI

Melahirkan graduan huffaz yang mutqin, berilmu, beriman, beramal dan bermanfaat kepada ummah.

Hubungi Kami

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang,
Kompleks Masjid Negeri, Jalan Air Itam,
11400 Georgetown, Pulau Pinang

+604-835 1688 (Pendaftar)
+604-827 2216 (Bendahari)
+601111434688 (Pemasaran)
+60104535482 (Jabatan Pengurusan Akademik)

Media Sosial

Kami di sini!

Hakcipta Terpelihara © 2021 Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang

KIMS@Pelajar