PERBINCANGAN PENYELIDIKAN AL-HADY CENTRE
Al-Hady Centre (AHC) telah mengadakan sesi perbincangan berkaitan Isu-isu Ekonomi dan Masyarakat dalam mempertingkatkan dan menggalakkan aktiviti penyelidikan ke arah menghasilkan pusat keilmuan yang unggul dan modal insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negeri, negara dan Antarabangsa yang akan menghasilkan satu penyelidikan ke arah Penang Smart State.
Perbincangan ini diketuai oleh Ybhg. Ustazah Khadijah binti Mohd, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan KITAB Pulau Pinang. Turut serta dalam sesi ini adalah Profesor Dr. Norma Binti Md Saad yang merupakan Profesor di Kulliyyah Of Economics And
Management Sciences (KEINMS) IIUM, Para Pensyarah dari Pusat Pengajian Muamalat dan Sains Pengurusan dan Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari.