Kunjungan dan Lawatan Daripada Maahad Mashoor Islami Balik Pulau Ke KITAB
Satu kunjungan dan lawatan oleh Maahad Mashoor Islami Balik Pulau telah diadakan ke KITAB. Lawatan sekolah ini terdiri daripada 100 orang pelajar bersama 10 orang guru pengiring. Para pelajar ini merupakan pelajar yang terpilih untuk lawatan ke KITAB. Rombongan ini diketuai oleh Ustazah Aisyah.
Sesi ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ybhg. Ustazah Khadijah Mohd Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Dan Penyelidikan KITAB. Sesi lawatan ini turut diberi pengisian dan perkongsian berkaitan program-program Pengajian yang ditawarkan di KITAB. Sesi ini turut dihadiri oleh para pensyarah yang mewakili Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran, Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari, Pusat Pengajian Muamalat dan Sains Pengurusan dan Pusat Bahasa dan Pengajian Umum.
Para pelajar yang hadir telah mendapat maklumat yang bermanfaat di KITAB dan juga dibawa melawat ke Galeri KITAB, Penang Islamic Digital Library (PIDL) dan juga perpustakaan KITAB.