Satu bengkel Smart Teaching Al Quran telah diadakan selama 2 hari bertempat Di Dewan Utama KITAB. Bengkel ini disampaikan oleh Prof. Dr. Azharuddin Sahil Pensyarah Kolej Sastera Dan Sains Universiti Utara Malaysia.
Bengkel Smart Teaching Al Quran ini telah dihadiri oleh para pensyarah dari Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran dan Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari KITAB. Bengkel ini memberi pendedahan kepada para pensyarah berkaitan kaedah pengajaran dan pembelajaran Al Quran secara berkesan dengan penggunaan elemen Teknologi.