Sejarah KITAB

SEJARAH KITAB PULAU PINANG


Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang ialah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

KITAB ditubuhkan pada 12 Mei 2004 setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia (JPS) 5195/IPTS/1301 (07).
Badan yang terlibat dalam mengelola dan menguruskan KITAB terdiri daripada Lembaga Pengarah Usaha Tarbiah (Pulau Pinang) Sdn. Bhd. (UTSB) dan Lembaga Pengelola KITAB.

KITAB adalah lanjutan daripada sebuah Maahad Tahfiz Al-Quran yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada 1995 dengan menawarkan Program Diploma Tahfiz Al-Quran dengan kerjasama Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. KITAB memulakan operasi sebagai sebuah IPT pada tahun 2005 berikutan kemajuan dan perkembangan oleh MTQ yang berjaya melahirkan graduan-graduan diploma tahfiz dengan jayanya.

KITAB berperanan mewujudkan pendidikan bersepadu meliputi intelek, rohani dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam pembinaan generasi umat dan pembangunan negara. Justeru itu, ia amat selari dengan slogan kata KITAB iaitu:

Memacu Legasi Tarbiah, Ke Arah Melahirkan Ulul Albab

Hubungi Kami

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang,
Kompleks Masjid Negeri, Jalan Air Itam,
11400 Georgetown, Pulau Pinang

+604-835 1688 (Pendaftar)
+604-827 2216 (Bendahari)
+601111434688 (Pemasaran)
+60104535482 (Jabatan Pengurusan Akademik)

Media Sosial

Kami di sini!

Hakcipta Terpelihara © 2021 Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang

KIMS@Pelajar