

Milik sepenuhnya

Diiktiraf oleh

Beroperasi sejak 1995
KITAB Pulau Pinang
menawarkan pelbagai kursus dari pelbagai peringkat

SIJIL
DIPLOMA

Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol
Rektor KITAB Pulau Pinang
dilahirkan di Kampung Pulau Tengah, Pendang, Kedah Darul Aman pada 26 April 1977. Selepas menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah Maktab Mahmud, Alor Setar pada tahun 1997, beliau telah melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Shariah di Universiti Al-Azhar, Mesir sehingga 2001.
Program Yang Ditawarkan
KITAB menawarkan pelbagai program pengajian yang bertumpu kepada asas pengajian Al-Quran untuk melahirkan Ulul Albab yang berdaya saing dan mahir dalam Pengajian Islam, Ilmu Kontemporari, Ulum Al-Quran, Muamalat, dan Sains Pengurusan. Program pengajian diploma di KITAB telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.
Kebolehpasaran
Graduan KITAB

Kebolehpasaran Graduan KITAB bagi tahun 2022 adalah 86.8%.
Peratusan Kadar Graduan berdasarkan tahun 2022 adalah 100%
Berita Terkini
Tahniah ✨ YBhg. Dato' Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Lembaga Pengelola KITAB Pulau Pinang Atas penerimaan Anugerah Khas Sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang 1447H / 2025M Ikhlas Daripada, Pengerusi & Lembaga Pengarah Serta Seluruh Warga Kerja KITAB Pulau Pinang #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
𝟐𝟓 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟐𝟖 𝐙𝐔𝐋𝐇𝐈𝐉𝐉𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟔 𝐇 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐁 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏 “𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐂𝐇𝐈𝐋𝐋-𝐂𝐇𝐈𝐋𝐋 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐉𝐀, 𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐑𝐀𝐇𝐒𝐈𝐀𝐍𝐘𝐀” Alhamdulillah, Program KITA KITAB Siri 1 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini dengan penuh semangat dan pengisian bermanfaat. Program yang dirasmikan oleh Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB), Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol merupakan inisiatif ke arah memperkukuh ukhuwwah dalam kalangan kakitangan serta memperkasakan kesejahteraan mental di tempat kerja. Dalam ucapan perasmiannya, Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi menjelaskan KITAB merupakan agensi milik Penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, maka setiap perancangan yang dilaksanakan haruslah selari dengan Agenda Pembangunan Agama Islam (APAI2030) dan visi Penang 2030. Oleh itu penting bagi KITAB menyediakan persekitaran kerja yang lebih sihat, positif dan menyokong antara satu sama lain ke arah mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan. Program KITAKITAB akan dilaksanakan sebanyak empat siri, bermula Siri 1 pada hari ini dan akan berakhir pada bulan Julai 2025. Program ini dirangka sebagai wadah untuk mengeratkan silaturrahim sesama warga kerja KITAB di samping memberikan input berguna dalam menangani tekanan kerja secara sihat dan berkesan. Sepanjang tiga sesi yang berlangsung pada hari ini, para peserta telah mendapat perkongsian yang bermanfaat daripada Puan Wan Nor Ashikin binti Wan Zain, Kaunselor Kolej Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang memberikan panduan praktikal dan motivasi berkaitan pengurusan emosi serta strategi mengurus tekanan dengan cara yang produktif dan Islami. Semoga siri-siri seterusnya akan terus menyemarakkan semangat kebersamaan dan kesejahteraan dalam kalangan warga KITAB. #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
Aktiviti Semasa
Fasiliti
