KITAB Pulau Pinang
menawarkan pelbagai kursus dari pelbagai peringkat
SIJIL
DIPLOMA
Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol
Rektor KITAB Pulau Pinang
dilahirkan di Kampung Pulau Tengah, Pendang, Kedah Darul Aman pada 26 April 1977. Selepas menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah Maktab Mahmud, Alor Setar pada tahun 1997, beliau telah melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Shariah di Universiti Al-Azhar, Mesir sehingga 2001.
Program Yang Ditawarkan
KITAB menawarkan pelbagai program pengajian yang bertumpu kepada asas pengajian Al-Quran untuk melahirkan Ulul Albab yang berdaya saing dan mahir dalam Pengajian Islam, Ilmu Kontemporari, Ulum Al-Quran, Muamalat, dan Sains Pengurusan. Program pengajian diploma di KITAB telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.
Kebolehpasaran
Graduan KITAB
Kebolehpasaran Graduan KITAB bagi tahun 2022 adalah 86.8%.
Peratusan Kadar Graduan berdasarkan tahun 2022 adalah 100%
Berita Terkini
𝐊𝐈𝐓𝐀𝐁 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐃𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔 Alhamdulillah, KITAB Pulau Pinang yang merupakan IPT Islam milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) turut mengambil bahagian dalam Festival Pendidikan Pulau Pinang 2026 yang berlangsung pada 13 dan 14 November 2026 di SMKA Sheikh Tahir Jalaluddin, Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah. Festival ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Turut hadir ke program ini adalah Ybhg. Rektor KITAB, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang serta Ketua-Ketua Agensi Islam Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Penyertaan KITAB dalam festival ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan institusi dalam memperluas akses pendidikan tinggi, memperkenalkan peluang pengajian serta menyumbang kepada pembangunan modal insan berkualiti di Pulau Pinang. Sepanjang festival ini, KITAB mengambil bahagian secara aktif melalui pembukaan reruai pameran dan promosi pendidikan, selain menyediakan slot taklimat khas berkaitan peluang melanjutkan pengajian di KITAB kepada para pelajar. Inisiatif ini memberikan pendedahan secara langsung mengenai program pengajian yang ditawarkan, laluan pendidikan tinggi serta prospek pembangunan akademik dan kerjaya pada masa hadapan. Penglibatan ini bukan sekadar bertujuan mempromosikan program pengajian KITAB, malah menjadi platform untuk mendekatkan institusi pendidikan tinggi milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) ini dengan komuniti, khususnya golongan pelajar yang bakal melangkah ke alam pendidikan tinggi. Selaras dengan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang (APAI2030), KITAB terus memainkan peranan strategik dalam memperkukuh agenda pembangunan pendidikan Islam dan melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran, berakhlak serta mempunyai daya saing. Pendidikan tinggi merupakan instrumen penting dalam memastikan pembangunan ummah dilaksanakan secara menyeluruh, bukan sahaja melalui penguasaan ilmu pengetahuan, bahkan turut merangkumi pembentukan nilai, sahsiah dan kepimpinan. APAI2030 menggariskan aspirasi untuk memperkasa pembangunan agama Islam secara holistik dan berimpak tinggi. Justeru, peranan KITAB sebagai institusi pendidikan tinggi Islam milik penuh MAINPP amat signifikan dalam menyediakan peluang pendidikan yang mampu melahirkan generasi profesional dan intelektual Muslim yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat serta kemajuan negeri. Penyertaan dalam Festival Pendidikan Pulau Pinang ini turut mencerminkan kepentingan kerjasama strategik antara institusi pendidikan, agensi kerajaan dan sektor swasta dalam membina ekosistem pendidikan yang lebih inklusif, progresif dan responsif terhadap keperluan masa hadapan. KITAB komited untuk terus memperluas jaringan kerjasama, meningkatkan keterlihatan institusi serta membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak Pulau Pinang untuk mendapatkan pendidikan tinggi yang berkualiti. Inilah tekad KITAB dalam mendukung aspirasi APAI2030 ke arah melahirkan generasi berilmu, berintegriti dan berdaya saing demi masa depan agama, bangsa dan negeri Pulau Pinang.
KITAB PERKUKUH JARINGAN DIPLOMASI AKADEMIK DI JORDAN SEMPENA JUBLI EMAS UNIVERSITI YARMOUK IRBID, JORDAN | 11 NOVEMBER 2026 Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang berbesar hati menghadiri Majlis Sambutan Jubli Emas ke-50 Universiti Yarmouk, Jordan, yang berlangsung di Dewan Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan. Kehadiran delegasi KITAB diketuai oleh YBhg. Sahibus Samahah Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Sukki bin Othman, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola KITAB Pulau Pinang, dalam meraikan pencapaian lima dekad kecemerlangan Universiti Yarmouk sebagai antara institusi pendidikan tinggi yang mempunyai reputasi tersendiri di rantau Timur Tengah. Turut hadir bersama ialah Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Pahang (KYP) Puan Suzana binti Awang yang merupakan rakan strategik KITAB Pulau Pinang. Dalam kesempatan tersebut, delegasi KITAB turut mengadakan pertemuan dengan Syeikh Prof. Dr. Abdul Nasser Musa Abu al-Basal, tokoh akademik dan kepimpinan Islam Jordan yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Wakaf Jordan, Presiden pertama Universiti WISE serta mantan Dekan Kuliyyah Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Yarmouk. Pertemuan ini menjadi ruang bermakna untuk bertukar pandangan dan memperkukuh hubungan intelektual serta jaringan strategik dengan tokoh akademik yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan tinggi, pentadbiran dan pembangunan institusi Islam. Penyertaan KITAB dalam sambutan bersejarah ini juga membawa signifikan tersendiri dalam usaha memperluas diplomasi akademik dan pengantarabangsaan institusi, khususnya melalui hubungan sedia ada serta peluang kerjasama baharu bersama Universiti Yarmouk. Usaha ini selari dengan aspirasi Agenda Pembangunan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (APAI2030) dan Perancangan Strategik KITAB 2030, khususnya dalam memperkukuh pendidikan Islam berkualiti, melahirkan modal insan berkompetensi global serta meletakkan KITAB sebagai institusi pendidikan tinggi Islam yang mempunyai jaringan dan rujukan di peringkat antarabangsa. Bagi KITAB, pengantarabangsaan bukan sekadar membina hubungan antara institusi, tetapi membuka lebih banyak laluan pendidikan, peluang mobiliti dan pengalaman antarabangsa kepada anak-anak Pulau Pinang dan generasi ummah. Selamat Menyambut Jubli Emas ke-50 Universiti Yarmouk. Semoga hubungan persahabatan dan kerjasama akademik Malaysia–Jordan terus berkembang demi kecemerlangan ilmu dan pembangunan ummah. #KITABPulauPinang #UniversitiYarmouk #APAI2030 #KearahMelahirkanUlulAlbab
𝐊𝐎𝐌𝐈𝐓𝐌𝐄𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐄𝐊𝐎𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌: 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐁 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐌𝐀𝐒𝐇𝐎𝐎𝐑 – 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒𝐒𝐈 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋 (𝐀𝐌𝐈𝐈𝐒) Alhamdulillah, pengurusan tertinggi Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang turut hadir dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) dengan Idrissi International School bagi penubuhan Al-Mashoor – Idrissi International School (AMIIS). Kehadiran pengurusan tertinggi KITAB dalam majlis ini mencerminkan komitmen berterusan KITAB sebagai institusi pendidikan tinggi milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk bersama-sama memperkukuh ekosistem pendidikan Islam negeri, merentas semua peringkat pendidikan daripada pendidikan awal dan sekolah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Penubuhan AMIIS bukan sekadar kesinambungan legasi bersejarah Madrasah Al-Mashoor, malah merupakan satu usaha strategik dalam mengangkat pendidikan Islam ke tahap yang lebih progresif dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Penggabungan kurikulum antarabangsa seperti Cambridge International dan IGCSE dengan pengukuhan akidah, pembinaan sahsiah serta penerapan nilai-nilai Islam diharapkan dapat melahirkan generasi Muslim yang berilmu, berkemahiran, berakhlak dan mempunyai daya kepimpinan global. Dalam konteks ini, KITAB melihat penubuhan AMIIS sebagai satu perkembangan positif yang berpotensi mewujudkan kesinambungan laluan pendidikan Islam yang lebih tersusun, sekali gus membuka ruang kepada kerjasama dalam aspek perkongsian kepakaran, pengembangan ilmu, penyelidikan dan pembangunan modal insan pada masa hadapan. Inisiatif ini juga selari dengan aspirasi Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030), khususnya dalam memperkukuh agenda pendidikan dan pembangunan modal insan Islam yang holistik. APAI2030 memberikan penekanan terhadap usaha membangunkan masyarakat Islam yang berilmu, berdaya saing, berakhlak dan mampu menghadapi cabaran masa hadapan tanpa mengabaikan prinsip serta nilai-nilai Islam. KITAB turut melihat kerjasama strategik antara YIPP dan Idrissi International School ini sebagai sebahagian daripada usaha memperluas peluang pendidikan berkualiti kepada generasi muda, termasuk melalui sokongan institusi zakat dan wakaf MAINPP bagi memastikan akses kepada pendidikan yang berkualiti dapat dinikmati oleh lebih ramai anak-anak daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi. Sesungguhnya, pembangunan pendidikan Islam memerlukan kerjasama erat dan sinergi antara institusi pendidikan, agensi agama, badan korporat serta masyarakat. Melalui pendekatan ekosistem yang saling melengkapi, kita bukan sahaja membina institusi pendidikan, malah membangunkan sebuah generasi yang mempunyai kekuatan ilmu, keutuhan jati diri dan keupayaan menyumbang kepada pembangunan ummah. Diharapkan penubuhan AMIIS menjadi titik permulaan kepada legasi pendidikan Islam yang lebih gemilang dan memberikan manfaat berpanjangan kepada umat Islam serta generasi akan datang. #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #KITABPulauPinang #JomMasukKITAB

