Profil KITAB

Sejarah KITAB

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa
(KITAB) Pulau Pinang

adalah merupakan Institusi Pengajian Tinggi Islam Swasta milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). KITAB ditubuhkan pada 12 Mei 2004 setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

KITAB adalah kesinambungan daripada sebuah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTQNPP) yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada 1995 yang menawarkan Program Diploma Tahfiz Al-Quran dengan kerjasama Darul Quran Jabatan  Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). KITAB memulakan operasi sebagai sebuah IPT pada tahun  2005 berikutan kemajuan dan perkembangan oleh MTQNPP yang berjaya melahirkan graduan-graduan Diploma Tahfiz Al-Quran dengan jayanya.

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang

KITAB berperanan mewujudkan pendidikan bersepadu meliputi intelek, rohani, dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis, dan berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam pembinaan generasi umat dan pembangunan negara.

Sehingga kini, KITAB mempunyai empat (4) Pusat Pengajian iaitu Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari, Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran, Pusat Pengajian Muamalat dan Sains Pengurusan dan Pusat Bahasa dan Pengajian Umum

Demi merealisasikan moto baharu KITAB iaitu “Memacu Legasi Tarbiah Ke Arah Melahirkan Ulul Albab”, perancangan secara berperingkat telah dilaksana bagi mencapai matlamat visi dan misi KITAB menerusi Pelan Strategik 2020-2030.

Moto KITAB

Menggunakan amalan terbaik untuk melahirkan Ulul Albab berdaya saing yang berpendidikan  sepadu dan modal insan yang menghayati moto: 

 “Memacu Legasi Tarbiah Ke Arah Melahirkan Ulul Albab”