Program Yang Ditawarkan
Pusat Bahasa dan Pengajian Umum
Sijil Pengajian Bahasa Al-Quran
(N/0224/3/0002)(03/27)(MQA/FA 15288)
Matlamat Sijil Pengajian Bahasa Al-Quran adalah untuk melengkapkan pelajar dengan pelbagai cabang ilmu dalam pengajian Bahasa Al-Quran yang merangkumi Aqidah, Pengajian Al-Quran, Pengajian Hadith, Syariah, Akhlak & Tasawuf, Falsafah Pemikiran Islam, Dakwah dan Perbandingan Agama. Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang cara para sarjana dalam menganalisis dan menyelesaikan isu dalam masyarakat berdasarkan sumber utama dengan menunjukkan pemahaman yang betul tentang cara mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh. Pelajar juga dapat melakukan penyelidikan fakta tentang isu berkaitan Islam bagi memberi kefahaman yang sewajarnya kepada masyarakat setempat. Program ini juga memfokuskan kepada pengintegrasian ilmu dalam bidang Pengajian Bahasa Al-Quran dengan menawarkan kursus elektif. Melalui program ini, pelajar akan bersedia dengan kemahiran dalam memberi perkhidmatan dan bantuan kepada badan dan organisasi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam. Program ini juga melengkapkan pelajar dengan kompentesi yang selaras dengan keperluan semasa dan persekitaran global serta mempunyai nilai moral, etika dan kerohanian Islam.
Kursus pengajian selama 4 semester (1 tahun 6 bulan)
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
- Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan dan memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran dan melalui program pengukuhan (jika perlu); atau
- Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan dan memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran dan melalui program pengukuhan (jika perlu); atau
- Lulus sijil (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
- Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (PNGK 2.00) dalam satu (1) mata pelajaran; atau
- Lulus STAM (pangkat Maqbul); atau
- Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.
Kursus Wajib
| Kod Kursus |
Kursus |
| MPU 1313 | Asas Pengajian Al-Quran |
| MPU 1153 | Pengajian Malaysia 1 |
| MPU 1223
ATAU MPU 1213 / MPU 1133 |
Asas Keusahawanan |
|
Bahasa Kebangsaan / Bahasa Melayu Komunikasi |
Kursus Teras
| Kod Kursus |
Kursus |
| CQAN 1013 | Pengantar Ulum Al-Quran |
| CIUT 1013 | Aqidah Islamiah |
| CIUD 1013 | Pengantar Ulum Al-Quran |
| CISS 1013 | Pengantar Syariah |
| CIUW 2013 | Akhlak Tasawuf |
Kursus Major
| Kod Kursus |
Kursus |
| CUAM 1013 | Mufradat Al-Quran |
| CUAA 1013 | Asas Bahasa Arab |
| CUGT 1013 | Teknologi Maklumat |
| CUAA 1023 | Asas Nahu |
| CUAS 1013 | Sorof Al-Quran |
| CISF 1013 | Fiqh Al-Ibadat |
| CUAB 1013 | Balaghah Al-Quran |
| CUAI 2013 | I’jaz Al-Quran |
| CUAN 2013 | Nahu Al-Quran |
| CIST 2013 | Tafsir Ayat Al Ahkam |
| CUAH 2013 | Al-Hiwar Fi Al-Quran |
Anggaran yuran keseluruhan program:
| Sijil Pengajian Bahasa Al-Quran | |
| Pelajar Warganegara Malaysia | RM 10,810.00 |
| Pelajar Antarabangsa | RM 21,620.00 |

