

مملوكة بالكامل

معترف بها من قبل

تم تشغيله منذ عام 1995
يقدم )كتاب (
دورات مختلفة من مختلف المستويات

شهادة
دبلوم

المستشار / الرئيس التنفيذي لـ KITAB Pulau Pinang
تقدم البرامج التي تقدمها KITAB
مجالات دراسية متنوعة تعتمد على مبادئ دراسة القرآن لإنتاج )أولي الباب( القادرين على المنافسة والبراعة في الدراسات الإسلامية والعلوم المعاصرة وعلوم القرآن والمعاملات والإدارة. علوم. إن برنامج دراسة الدبلوم الخاص بنا يتساوى مع مؤسسات التعليم العالي الأخرى لأنه حصل على اعتراف من MQA و . KPT. يتمتع خريجو هذا البرنامج بفرصة مواصلة دراستهم للحصول على درجة البكالوريوس في مؤسسات التعليم العالي المحلية والخارجية.
تسويق خريجي طلاب كتاب
نسبة الخريجين

الرسم البياني
كتاب تسويق الدراسات العليا للطلاب
86.8 ٪ على أساس 2022
الرسم البياني
النسبة المئوية لمعدل الدراسات العليا
100 ٪ على أساس 2022
آخر الأخبار
𝟒 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟖 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐌 𝟏𝟒𝟒𝟕 𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐁 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍 Alhamdulillah, perhimpunan kakitangan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) telah berlangsung dengan jayanya di mana majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad B Hashim, pensyarah daripada Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran (PPTAQ). Majlis diteruskan dengan ucapan amanat oleh Rektor KITAB berkaitan perancangan dan halatuju KITAB bagi memastikan ianya dicapai selari dengan Agenda Pembangunan Agama Islam (APAI) 2030 di bawah teras Pendidikan yang digagaskan oleh YB Dato' Dr Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Majlis turut menyaksikan pelancaran kempen “Jom Tunaikan Zakat Melalui Potongan Gaji” kepada semua staf KITAB melalui Skim Sakinah Zakat MAINPP di mana manfaatnya dapat dikembalikan kepada anak-anak asnaf yang berkelayakan bagi menyambung pengajian di KITAB Pulau Pinang. Ianya turut disusuli dengan penyerahan sijil penghargaan jawatankuasa pembentukan kurikulum Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak kepada empat kakitangan akademik yang diketuai oleh Ustazah Noramira Binti Adnan @ jamaluddin. Melalui perhimpunan ini, semoga ianya dapat meningkatkan hubungan serta motivasi staf ke arah mencapai halatuju KITAB untuk menjadi sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Islam pilihan dan pusat kecemerlangan Islam yang dirujuk di rantau Asia Tenggara serta diiktiraf di peringkat Antarabangsa. #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
Selamat menduduki peperiksaan akhir Semester 3 Sesi 2024/2025 pada 1 hingga 3 Julai 2025 kepada semua pelajar Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang. Semoga para pelajar diberikan kekuatan dan kelancaran dalam menghadapi peperiksaan ini. Seluruh warga KITAB Pulau Pinang sentiasa mendoakan kejayaan cemerlang buat semua pelajar. Berusahalah dengan penuh tekad, dan bertawakallah kepada Allah untuk memperoleh hasil yang terbaik. Ingatlah, setiap usaha yang gigih tidak akan pernah mengkhianati hasil. Selamat maju jaya! #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
Tahniah ✨ YBhg. Dato' Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Lembaga Pengelola KITAB Pulau Pinang Atas penerimaan Anugerah Khas Sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang 1447H / 2025M Ikhlas Daripada, Pengerusi & Lembaga Pengarah Serta Seluruh Warga Kerja KITAB Pulau Pinang #memaculegasitarbiah #kearahmelahirkanululalbab #kitabpilihankami #JomMasukKITAB
Aktiviti Semasa
Fasiliti
